Saturday, May 21, 2011

Insurans Bukan Tempat Membuat Keuntungan

Pelawat sekelian

Baru baru ini saya ada dihubungi oleh seorang pelanggan AIA yang bertanyakan tentang pelan yang telah diambil olehnya kira kira 2 tahun yang lalu.

Apabila diperiksa, beliau hanya hanya mendapat insurans jika terlibat dengan kemalangan dari insurans Cash Guaranteed Plus. Beliau merancang untuk melakukan pembedahan lutut dengan menggunakan insurans berkelompok syarikat dan dalam masa yang sama cuba untuk membuat tuntutan kepada AIA juga.

Perlu dingatkan bahawa anda cuma boleh membuat tuntutan keatas satu syarikat penanggung risiko. Tidak boleh dapat anda lakukan untuk syarikat kedua.

Sebabnya cuma satu shj. Bil yang dikeluarkan oleh hospital adalah satu dan kerana anda tidak mempunyai salinan dari hospital, maka tuntutan kedua tidak boleh dibuat kerana resit tidak dapat disertakan bersama borang tuntutan.

Disini saya ingin menjelaskan bahawa insurans bukan lah instrumen untuk anda membuat keuntungan cara sebegini. Insurans adalah instrumen perlindungan yang wajar menanggung kos yang dikenakan oleh hospital.

Anda perlu berlaku jujur dengan apa yang anda cuba buat.

Semoga anda semua sihat selalu dan dilindungi.

Terima Kasih

Tuesday, March 29, 2011

Kenaikan Kos Perubatan yang tidak dapat dielakkan


Suka atau tidak, sudah menjadi kelaziman kos perubatan akan meningkat. Adakah kita bersedia menghadapi segalanya.

Bagi mereka yang mempunyai insurans berkelompok dari tempat kerja, tahniah dan syukur anda juga dilindungi, persoalan sekarang bagaimana jika anda sudah berhenti kerja, adakah anda dilindungi.

Saya menyarankan anda memulakan mencari insurans perubatan anda sekarang sementara premium yang anda bayar itu rendah kerana usia yang agak agak muda :-)

Dibawah ini adalah link ke berita mengenai kenaikan kos perubatan di Malaysia. Happy reading peeps.