Wednesday, April 7, 2010

Anda Perlu Tahu: Jumlah yang perlu anda insuranskan

Persoalan ini bukan la yang terbaru, tetapi ia masih merupakan satu persoalan yang acap kali di tanya oleh ramai orang.

Di dalam menjawab persoalan ini, selalunya ramai konsultan yang terus bertanya berapa jumlah premium yang anda sanggup bayar. Konsultan itu tidak salah memberi jawapan jika bertanyakan berapa jumlah premium yang sanggup anda bayar kerana mungkin konsultan tidak mahu anda terkejut dengan jumlah yang anda perlu insuranskan.

Jadi, kita biarkan dengan persoalan BERAPA ANDA SANGGUP BAYAR PREMIUM itu dahulu. Kerana apa yang saya nak terangkan disini adalah berapa anda atau keluarga anda boleh tolerate dengan keadaan ekonomi semasa apabila musibah menimpa anda, pemegang polisi. Perkara pokok yang perlu kita fahami disini adalah untuk menjadi lebih realistik.

Baiklah, saya mulakan dengan memberi gambaran dengan senario.

Misal kata anda bekerja dan mempunyai pendapatan sebulan RM 5000. Anda telah hidup dengan lifestyle sebegini untuk tempoh misal kata 2 tahun dan anda gembira dengan lifestyle anda. Oleh itu untuk terus hidup dengan lifestyle sebegini anda memerlukan RM 5000 x 12 bulan = RM 60000 setahun.

Misal kata terjadi apa apa kepada anda, maka keluarga anda telah kehilangan tempat bergantung dan dengan demikian keluarga anda telah kehilangan pendapatan RM 60000 setahun untuk terus hidup dengan lifestyle begitu. Sebagai ketua keluarga, sudah tentu kita tidak mahu keluarga yang tinggal terus hidup merana tanpa apa apa peninggalan untuk mereka.

Dan realitinya kita perlukan tabungan 5 tahun untuk menjaga mereka. Kenapa 5 tahun tabungan? Kenapa tidak 3 tahun? Persoalan ini begitu subjektif tetapi sebab sebab konsultan memberikan 5 tahun kerana sesebuah keluarga itu biasanya mengambil masa antara 3 ke 5 tahun untuk pulih mengurus keluarga. Tambahan pula, antara tahun tahun itu faktor inflasi juga perlu diambil kira supaya nilai hadapan duit tidak berkurangan. Namun demikian masih terserah juga kepada anda untuk melihat masa depan keluarga yang anda impikan.

Setelah kita fahami senario di atas, maka jumlah insurans hayat (Life Insurance) yang perlu di laburkan adalah sebanyak RM 60,000 x 5 tahun = RM 300,000.

Ya ……… betul jumlah itu memang banyak dan premium yang dibayar juga tinggi. Seperti yang saya nyatakan tadi, kita perlu realistik.

Namun demikian, persoalan akhir yang biasa konsultan akan tanya ialah, BERAPA JUMLAH PREMIUM YANG ANDA SANGGUP BAYAR.

Bersama AIA, kami mempunyai pelan yang hebat untuk melindungi keluarga anda. Hubungi saya untuk proposal Insurans dari kami.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di norrazi.aia@gmail.com

atau handphone saya di 019 325 6161


No comments:

Post a Comment