Wednesday, April 7, 2010

Perlindungan diri dan keluarga

Insurans dengan maksud ringkasnya melindungi orang ramai yang berkongsi risiko yang sama sebenarnya merupakan satu instrumens yang murah yang mampu mengurangkan beban kita apabila ditimpa musibah.

Pernahkah kita berfikir adakah hidup kita dilindungi sepenuhnya dari segala musibah yang akan berlaku? Dan adakah memadai dengan perlindungan yang kita ada untuk menanggung kehidupan kita sekeluarga?

Cuba kita tanya pada diri kita sendiri ........

1. Adakah keluarga anda mampu meneruskan kehidupan tanpa anda berada disisi mereka?

Kita memang tidak mahu memikirkannya tetapi samada suka atau tidak kita akan tetap mengadap kematian. Mungkin kita berasakan kita sudah cukup menyediakan keperluan asas untuk keluarga kita apabila kita telah tiada, persoalannya adakah ia mencukupi? Atau adakah ia perlukan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun Rancangan Bersamamu untuk meneruskan kehidupan mereka setelah pemergian kita? Insurans seperli Life Insurances mampu meringankan beban ini dengan menyediakan perlindungan kewangan tambahan kepada anda serta keluarga. Dengan demikian, keluarga anda dijamin mendapat perlindungan dari syarikat insurans.

Sebagai contoh dengan polisi Life Insuranse yang disampingkan dengan Investment Linked beserta Child Education Plan, keluarga anda akan mendapat perlindungan komprehensif (dari Insurans Hayat -Life Insurance) dari Syarikat Insurans dan pendidikan anak anda sudah pasti terjamin dengan jaminan kewangan untuk pelajaran anak anda.

2. Adakah anda mampu menanggung kos perubatan dan hospital?

Untuk mendapatkan perlindungan kesihatan yang terbaik, kos perubatan serta hospital biasanya akan menjadi tinggi kerana kebiasaannya kita akan berjumpa dengan Doktar Pakar dari Hospital Swasta yang memberikan perlindungan dengan kadar sangat pantas lantas mampu meng diagnos sakit dengan segera.

Kecederaan dan kesakitan boleh berlaku pada bila bila masa. Kerap terjadi apabila masyarakat biasanya sedang kesempitan wang. Kita tidak mahu kesakitan yang ditanggung diparahkan dengan masalah kewangan yang betul betul mendesak.

Pelan pelan seperti Life Insurance yang disampingkan dengan Investment Linked berserta Medical Card dan juga Hospitalization serta Critical Illnesses Insurance mampu menangung bila tiba masa yang perlu dengan premium yang rendah yang termampu oleh masyarakat. Lebih cantik lagi bebanan premium boleh dikurangkan dengan menggunakan Investment Linked.

3. Adakah wang persaraan kita mencukupi?

Ramai yang berasa senang hati dengan jumlah simpanan KWSP yang akan diterima pada usia pencen kelak, atau ramai yang bersyukur kerana menerima pencen kerajaan sepanjang usia emas mereka. Persoalannya, Adakah wang persaraan kita mencukupi? Memang kita akan ada wang pada usia emas kita tetapi wang itu tidak dapat bertahan lama. Mungkin selepas 5 tahun persaraan kita, kita mula mencongak congak berapa yang kita ada untuk terus hidup dengan cara standard kita pada masa itu. Semua ini adalah disebabkan nilai inflasi yang tinggi keatas kita. Jumlah inflasi serta pulangan yang sama dari KWSP menjadikan tiada keuntungan keatas nilai duit kita (inflasi -5% dan untung pelaburan 5% = 0%). Retirement plan insurance mampu memberikan anda pendapatan pada usia emas anda dan disamping itu kehidupan anda tetap dilindungi oleh insurans.

4. Perlindungan General Kebakaran, Motor dan Personal Accident

Selain dari insurans yang disebut tadi kita juga perlu melindungi harta dan diri kita dari segala bencana yang boleh terjadi. Insurans kebakaran boleh melindungi kita dari kemusnahan teruk akibat kebakaran yang berlaku keatas premis kita. Insurans motor pula merupakan insurans yang wajib di ambil oleh setiap pemilik kereta sebelum mereka dibenarkan untuk membayar cukai jalan. Personal Accident pula selalu menjadi pilihan bagi masyarakat yang perlu berurusan dengan kerap menggunakan kenderaan, samada perseindirian atau awam.

Langkah Pertama:

Polisi apakah yang kita ada. Adakah kita dilindungi oleh insurans syarikat? Bagaimana pula dengan isteri dan anak anak kita. Adakah mereka and dilindungi? Jika ada perkara diatas tertinggal, anda sewajarnya membeli polisi insurans untuk perlindungan diri dan keluarga anda.

Langkah Kedua:

Mengambil maklumat polisi insurans yang diperlukan. Banyak jenis insurans terdapat di pasaran. Anda perlu melihat tawaran yang ditawarkan polisi insurans dan anda perlu mengenal pasti apa yang ada di dalam polisi dan apa yang tiada disertakan didalam polisi. Tawaran dan kekangan (exclusion) yang biasa menentukan seseorang mengambil insurans. Dapatkan nilai yang terbaik dengan wang anda.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di norrazi.aia@gmail.com

atau handphone saya di 019 325 6161

No comments:

Post a Comment