Di dalam kontrak insurans, syarikat insurans berjanji akan memberi segala kemudahan yang dipersetujui bersama. Walau bagaimana pun terdapat satu perkara yang mampu membatalkan segalanya.
Pembatalan ini berpunca dari sikap kita sendiri, samada perunding insurans atau juga prospek insurans. Perkara ini dikenali sebagai “Utmost Good Faith” yang dikenali dalam Bahasa Latin sebagai “Uberrimae Fidei”.
Apakah yang dimaksudkan dengan Utmost Good Faith ini?
Ia adalah standard yang paling minimum diperlukan oleh kedua dua pembeli dan penjual dalam apa apa transaksi untuk bertindak secara jujur diantara kedua duanya dan tidak menyorokkan maklumat antara satu sama lain.
Penerangan bagi maksud Utmost Good Faith adalah seperti berikut:
"Di dalam kontrak insurans, seseorang yang ingin mengambil insurans, dalam terma insurans dikenali sebagai PENCADANG, perlu memberikan segala maklumat peribadi kepada konsultan insurans. Sebagai contoh, pencadang perlu memberitahu segala masalah kesihatan pencadang yang lampau yang telah dialamai. Begitu juga dengan konsultan insurans untuk mendedahkan segala maklumat berkenaan dengan insurans yang ditanggung dengan memberitahu segala maklumat agar pencadang mengerti apa hak yang diperolehi di dalam kontrak insurans itu."
Dalam banyak hal terdapat beberapa perkara yang biasa di sorokkan oleh pencadang seperti menyorokkan sejarah kesihatannya atau mungkin juga berat badannya hanya semata mata ingin mendapatkan harga premium insurans yang rendah sedikit.
Paling sedih apabila ada segelintir ejen insurans yang bersetuju untuk menyorokkan maklumat tersebut bersama sama dengan pencadang. Ejen Insurans begini adalah penjual (salesman) yang hanya mahu mendapatkan komisen dari kes yang dapat disudahkannya. Tanpa mengira apa akan berlaku di masa depan kepada pencadang jika Syarikat Insurans mendapati ada unsur unsur penipuan di dalam kontrak tersebut.
Saya minta pencadang memberikan segala maklumat yang diperlukan sejujurnya. Mungkin pencadang perlu menambah sedikit lagi premium di atas masalah yang pernah dihadapinya tetapi kontrak insurans anda lebih terjamin. Jika premium bulanan/tahunan itu membebankan, berbincanglah dengan konsultan insurans anda untuk mencari alternatif yang anda mampu. Mungkin anda hanya perlu merendahkan sedikit jumlah yang dilindungkan (sum insured) yang anda perlukan kepada jumlah yang anda mampu bayar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di norrazi.aia@gmail.com
atau handphone saya di 019 325 6161
atau handphone saya di 019 325 6161
No comments:
Post a Comment