Thursday, April 8, 2010

Anda Perlu Tahu: Ko Insurans (Co Insurance)

Ramai yang beranggapan apabila mereka masuk ke hospital, segalanya akan ditanggung oleh insurans (bagi mereka yang memiliki insurans) dan mereka tidak perlu mengeluarkan sedikit belanjapun. Dan apabila mereka dikenakan caj ko-insurans, maka mula lah mereka menyatakan bahawa ejen ejen insurans ini menipu dan tidak berlaku jujur dalam urusan insurans mereka.

coinsurance-3

Sebenarnya tidak berlaku penipuan di dalam urusan awal kerana urusan ko-insurans sebenarnya adalah keperluan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Kesemua syarikat insuran akan mengenakan ko-insurans dengan sebahagian kecil darinya akan ditanggung oleh pemegang insurans. Ini adalah ketetapan Bank Negara Malaysia dengan nisbah 10% pemegang polisi dan 90% syarikat insurans.

Bagaimana pun banyak syarikat insurans yang mengenalkan produk yang mampu mengatur ko-insurans ini. Oleh yang demikian kita akan mendengar pelbagai kenyatan dari orang yang berbeza bergantung dengan polisi syarikat mana yang dipegang. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan membuat carian berkenaan produk. Lebih lebih lagi dizaman serba moden ini maklumat boleh dicari di internet.

Contoh Pengiraan Ko-Insurans adalah seperti di bawah ini.

Misal kata anda telah masuk ke hospital selama seminggu dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 12,000.00, maka caj Ko-Insurans yang dikenakan adalah 10% dari jumlah caj yang dikenakan oleh hospital.

Dalam kes ini pemegang insurans dikenakan 10% dari RM 12,000.00 iaitu RM 1200.00.

Misal kata, contoh kedua, anda menerima rawatan dihospital dengan caj yang dikenakan sebanyak RM32,000.00, maka caj Ko-Insurans yang dikenakan dengan 10% dari caj haspital menjadi RM 3200.00. Dalam banyak kes, pemegang polisi cuma perlu membayar RM 3000 kerana itu adalah caj maksimum yang dibenarkan.

Walaubagaimana pun, banyak syarikat insurans yang menyediakan produk yang mana Ko-Insurans ini dapat digantikan dengan wang yang diperolehi dari pakej insurans yang diambil seperti elauan harian tinggal dihospital Malah ada juga syarikat insurans yang menetapkan hanya pada nilai nilai tertentu ajer yg dikenakan Ko-Insurans dan jika ada lebihan, perbezaan itu yang akan dikenakan caj Ko-Insurans sebanyak 10%.

Sebagai contoh kita lihat Pelan Excel Care Plan & MediCover Plan oleh AIA Berhad

ECP & MCP Table dan notes co insurance

Di dalam brosur biasa ada dinyatakan jadual jadual yang di tawarkan oleh Syarikat Insurans. Pemegang polisi boleh bertanyakan terus kepada ejen untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di norrazi.aia@gmail.com

atau handphone saya di 019 325 6161

No comments:

Post a Comment